Kisah Nabi Ayub Diuji Kesakitan Juga Ketabahan Seorang Isteri

Kabar Sepang-Seputar kabar informasi kawasan serumpun sekitar Melayu, Menyajikan seputar berita terhangat dan terpercaya. Dan bicara kabar berita maka tidak terlepas dari info Kisah Nabi Ayub Diuji Kesakitan Juga Ketabahan Seorang Isteri yang perlu anda cari tahu kebenarannya. Dimana andalah yang menentukan semuanya. Kabar atau informasi yang beredar terkadang membuat seseorang mudah untuk percaya, namun perlu ada klarifikasi kebenaran atas berita tersebut. Dan anda orangnyalah yang perlu untuk menganalisanya. Sebab berita atau kabar cuma bersifat menyampaikan . Dan terkadang jika terjadi hasutan maka anda boleh untuk memprotesnya, tidak terkecuali Kisah Nabi Ayub Diuji Kesakitan Juga Ketabahan Seorang Isteri tentang itu. Mungkin anda masih berfikir bahwa semua itu cuma kebohongan belaka atau anda cuma berfikir dan menenlan mentah-mentah berita tersebut. Dan mulai saat ini anda harus mencobanya untuk menyaring berita tersut.

Yang mana jika hal ini benar maka patut untuk anda jadikan bahan referensi informasi anda namun jika tidak, maka anda perlu untuk mewaspadinya.Jadilah pembaca yang baik jangan jadi pembaca yang mudah untuk terprofokasi dengan tulisan yang tidak bertanggung jawab. Cerna dulu tulisan Kisah Nabi Ayub Diuji Kesakitan Juga Ketabahan Seorang Isteri dan analisa kebenaranya.

Nabi Ayub dilahirkan dalam keluarga dari kalangan para Nabi iaitu Nabi Ishaq, Nabi Ibrahim, Nabi Ya’qub dan Nabi Lut.


Allah juga mengurniakan Ayub dengan kemewahan harta, ternakan dan hamba-hamba, isteri serta anak-anak yang ramai.

Walaupun memiliki banyak kekayaan, Ayub tidak pernah lalai dari mengingati Allah s.w.t. Setiap apa yang kita miliki adalah milik Allah.

Kita hanya meminjam dan menjaganya dari tuan pemiliknya. Justeru, kita tidak harus melupakan Allah kerana kelak, semua ini akan kembali kepada-Nya.

Nabi Ayub diuji oleh Allah s.w.t. Satu demi satu kekayaan yang dimiliki Ayub diambil semula daripadanya. Bukan itu sahaja. Kesihatannya juga turut diambil.

Ayub ditimpa sejenis penyakit kulit yang teruk. Dagingnya tertanggal sedikit demi sedikit. Penyakit ini menyebabkan sahabat-handai dan saudara-maranya meninggalkannya.

Tinggal isteri Ayub yang kekal setia bersamanya. Isteri yang solehah bukan hanya ada semasa suaminya senang tetapi juga semasa dalam kesusahan.

Walaupun kehilangan semua harta kekayaan, keluarga dan sahabat-handai, suami pula ditimpa penyakit berat, dia tetap setia di sisinya.

Penyakit yang dideritainya ini pula bukanlah sekejap tapi bertahun. Ada pendapat yang mengatakan setahun, ada juga berkata 7 tahun dan ada juga pendapat mengatakan
ia mencapai 18 tahun!
Kerana penderitaan
yang terlalu lama itu, isterinya menyuruh Ayub untuk berdoa kepada Allah agar diberikan kesembuhan.

Namun, Ayub mahu bersabar dengan penderitaan itu memandangkan baginya Allah telah mengurniakan kepadanya 70 tahun yang sihat sebelum itu.

Kesyukuran mendidik hati untuk bersabar tatkala ditimpa ujian. Ujian pula menjadi tanda aras keikhlasan jiwa menerima ketentuan Allah s.w.t.

Pada masa inilah siapa yang terbaik di kalangan hamba-Nya akan terlihat. Jadi, ini juga suatu ujian kepada isteri Ayub selain Ayub sendiri.

Isterinya bekerja bagi menampung keperluan mereka tapi kerana bimbangnya orang ramai terhadap penyakit Ayub yang dikhuatiri berjangkit kepada mereka, dia juga turut hilang pekerjaannya.

Isterinya kemudian mencari pekerjaan yang lain pula. Setiap kali Ayub bertanya dari mana dia mendapatkan makanan, dia mengatakan yang dia berkhidmat kepada orang lain.

Maka, hari berikutnya, Ayub tidak mahu makan makanan yang dihidangkan isterinya kerana tidak jelas dengan sumbernya.

Lantas, isterinya membuka kain yang menutupi kepalanya yang bercukur kerana dia telah menjual rambutnya.

Merasakan tiada lagi tempat bergantung memandangkan isterinya juga telah berputus asa dengan ujian itu, Ayub akhirnya meminta pertolongan kepada Allah agar dilepaskan daripada penderitaan itu.

Lihatlah kekuatan Nabi Ayub. Setelah bermacam ujian, dia masih mampu bersabar dan tidak bersangka buruk kepada Allah s.w.t.

Dia bertahan dan terus bertahan sehingga tiada lagi jalan keluar untuknya. Nabi Ayub pun disembuhkan oleh Allah s.w.t.

Setelah itu, dikembalikan semula keluarganya kepadanya berserta dengan kekayaan yang berlipat kali ganda berbanding sebelumnya.

Ini adalah kerana kesabaran dan kesyukuran yang ditunjukkan oleh Ayub kepada Allah s.w.t semasa baginda diuji dengan ujian yang amat dahsyat.

Read:


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kisah Nabi Ayub Diuji Kesakitan Juga Ketabahan Seorang Isteri"

Post a Comment